Langkah mengatasi pencemaran air
Langkah-langkah Mengatasi Masalah
Pencemaran Sungai
a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah
yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air
buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka
adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan
bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat
bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006). Malah, pihak kerajaan
seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada
kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai
makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di
kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
b) Menambah bilangan tong sampah di pusat
pengumpulan sampah.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa
pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga
peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata
tempat.
Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan
peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat
strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.
c) Pemasangan perangkap sampah.
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh
air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di
tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap
juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.
d) Penyelenggaraan sistem perparitan
berkala.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak
menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala
seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah
sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke
sistem saliran utama di sungai.
e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan
penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui
Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan
kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap
individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus
fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah
menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita
kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.
